Monday, 25 March 2013

How I Met Him

Rindu rasanya bila teringat balik kenangan aku dengan syaz. Rasa nak ulang semula kenangan tuu sebab relationship kitaorang sekarang asyik problem jea. Tak macam dulu dah. Kitaorang dulu selalu gaduh, bestfriend kannn. . tak gaduh tak ceria pulak hari2 kitaorang kat kolej. Kitaorang sama orientasi, sama intake tapi first2 tak sama course. Aku dapat tawaran from ptpl under school sise, course DRG (diploma rekabentuk). Sama mcm first course dia. Then papa suruh tukar Multimedia. So kitaorang masuk orientasi yang sama intake June (02) 2011. Masa tuh, hmm aku still dengan Andy. kitaorang pergi kolej semua sama2 so aku mmg sombong gila ahh dengan boys mula2 dulu. Haha even Syaz ni pun aku tak kenal lagi but dia cakap since the 3rd ke fourth of our orientation dia start minat aku. Masa tu tak silap aku, hari khamis aku pakai baju kurung warna merah. Serious aku tak pernah perasan dia time tuh even dia kata aku pernah tegur dia (bila seh? ahaha kejam)

Salah satu gambar masa minggu orientasi kot tapi aku tak banyak snap gambar masa tu. So masa aku berbaju kurung merah tu rasanya takde kot.

Then habis orientasi masuk class macam biasa semua, lepas seminggu ke dua minggu tah (mana laa aku ingat) dalam class Puan Jue, prinsip2 multimedia. Aku masuk lambat (biasa laa budak nakal) then duduk baris kedua ke pertama tah. Selang satu kerusi dgn Syaz. Masa tuh dia mmg bising sangat, kepoh betul. Apa soalan lect bagi semua dia je nak jawab, betul ke salah dia kesah apa. Then masa tuh aku start rasa macam annoying sial budak hingusan ni, dah laa mcm budak selenger je (cehh jahat kan aku). Pastu seingat aku, aku pernah sound dia sbb memekak. aku cakap something like "weh diam la semua kau je tahu ke?" tah la lupa tapi aku sound dia buat bodoh. macam endah tak endah laa. Then lama2 banyak class aku perasan dia ada, last2 one of my friend cakap dia budak baru. before this drg.. Ohh patut laa tapi mcm pernah nampak.. .  Dia jarang bertegur dengan aku and budak2 perempuan kat kolej. Sekali dua jela yang aku ingat masa drawing class dia minta kertas lukisan aku satu, masa mentor mentee dia kata aku ni bising memekak, semua benda nak cerita dgn En Anuar.

Aku banyak ponteng masa sem1 gara2 Andy. Asyik2 ajak aku teman pergi siapkan assignment la apa la bagai. Dah laa memaksa. masa tuh relationship kitaorang dah goyang. So bila masuk2 class Puan Jue ada bagi assignment aku tak tau kena hantar rupanya dah last minit. Masa kat library dengan Mizan and sape tah lagi ada, syaz pun ada gak.. Masa tuu aku suka kacau Syaz. member2 la ckp dia blur la, selenger la, so aku saje2 usik. Kalau aku bertembung kat kolej, selalu aku kacau "hey awak.. lma tak jumpa, rindu la" , "hey awak, sy suka kat awak nape awak tak layan sy" and macam2 lagi aku buat. tergelak2 member2 dengar.  Then dia mmg langsung tak layan aku. Bila aku bercakap dengan dia with style aku "weh class tdi ada lect bagi assgmnt tak?" baru dia layan aku itu pun macam dingin gila laa. Start dari situ aku nampak something dalam diri dia. Aku pernah duduk atas riba dia kat kedai makan rafflesia. Then dia malu, dia cakap "weh bangun la kau duduk atas hp aku rosak la nanti". hehe. Then dia juga la yg aku mintak tolong utk ajar buat assignment Puan Jue tapi dia mcm nak taknak je. Aku pinjam lappy dia sbb masa tu lappy aku problem. then aku lupa save dalam pendrive. tengok2 esok dia printkan cantik2 kemas2, siap tambah2 info sikit, aku mcm terharu gila first time member tolong kat kolej masa tuu. 

Start daripada tu, aku selalu lepak dengan dia, Mizan, Has and abg Mizan.. Tapi situasi hari2 sama, Syaz tak layan aku and selalu gaduh dengan aku pasal benda remeh or kadang2 aku tak puas hati dengan dia, aku kacau dia. mcm2 la, kalau nak story sini mmg panjang. Aku pernah amek hp dia, dia save nama aku "mia" aku saje tukar "mia cute" la, "mia baby" , "mia syg" n macam2 lagi. sbb time tu kitaorng dah rapat and dia tak pernah tukar balik.. Kat hp dia takde number perempuan, pelik aku. Lappy dia pun aku suka set gambar aku kat wallpaper dia selalu tukar balik. last2 aku set gambar dia tak tukar dah. time tuu aku dah pelik and cuak if dia falling love dgn aku. Even time tu aku dah mula suka dia.

Syaz seorang yang suka akan gadjet, barang komputer, games, music and movie. no time for love or girls. Dia bersikap dingin dengan perempuan. even aku pun dia layan mcm aku ni kawan lelaki dia. Aku admit aku suka kan dia sebab kan ciri2 yang dia ada. Aku suka lelaki yang tak layan perempuan, dingin, sombong. hehe. Ada sekali tuh group aku tak datang untuk presentation, aku sorang. barang kat diaorang. Syaz nak buat presentation time tu. Dia mmg mcm kepoh sangat, bising and tak senang duduk. sekali tuu dia duduk depan aku, masa tu aku takde mood so aku tak kacau dia langsung, mmg aku diam jea dalam class. Suddenly dia pegang tangan aku dia tanya "weh tangan aku sejuk tak?" aku mcm tgh khayal so aku tak jawab, tetiba member2 sampai, Afel dah ternganga mulut tengok dia. Yg budak2 remy paan ayoi semua ejek2 avatar2. Seriously time tu aku mcm "kau pahal?" hahaha.

Ohh2 selit satu lagi story dimana aku tak ingat akan tarikhnya, ntah macam mana aku diberi kekuatan untuk buka mulut depan dia, then aku cakap direct dengan dia "weh duduk sebelah aku dalam bas nanti" then dia macam terkejut sikit la tapi aku tengok dia mcm cover baik punya, dia cakap "ala taknak.. lagipun kau cakap lambat laa, aku duduk dengan member2 aku budak lelaki" choii, member.. cakap jela paan and the geng, mcm bukan member aku je. haha. Then aku rasa mcm ohh shit man! malu gila bhaii.. tapi dia cakap baik2, tak macam selalu yang kitaorang gaduh baling2 barang, sorok barang, haha. Aku ajak dia duduk sama dalam bas untuk trip to kuantan tu laa, dah la malam nak p kuantan tu aku demam then si fatin gatal duduk dengan afel. aku nak duduk dengan kak fai, last2 si Hafiz duduk sebelah aku sebab dia dah cakap awal2 so aku mcm.. erm . . okay.

Sorry guys, aku curi gambar korang, btw rindu korang semua. Yang pakai topi tu syazzzz :)

Hari, demi hari. friendship kitaorang makin okay, even hari2 gaduh, gaduh, gaduh. Ada satu malam ni aku down sangat. aku msg dia panjang lebar and dia langsung tak reply (as usual). Keesokan harinya aku tanya (as usual juga) "weh asal tak reply msg aku semalam ngok?" dia bagi alasan (as usual, Grr!) battery low, credit habis, hp rosak. padahal reply msg has and faiz boleh pulak. Kan mmg aku dah agak.. sbb aku perempuan, kau taknak reply? Pheww.. then masa balik, tinggal kitaorang berdua yg belum balik, tunggu orang datang amek. aku pun ckp la pasal msg semalam then aku paksa2 and pujuk dia baru dia Ok. Aku direct cakap nak jadi kawan paling rapat dengan dia sbb aku nampak dia banyak dapat tolong aku dalam study. dia tak pernah ponteng, assignment hantar on time. then dia dah ok. 


Aku pernah juga sekali tuu tunggu dia habis solat jumaat, sebab dah promise nak pergi alam central and aku ingat dia taknak, tapi ok pulak. Haa time ni aku segan, seriously segan gilaa sebab kitaorang berdua je. Naik teksi, mula2 aku cakap nanti bayar asing, pastu dia bayar full nanti aku bayar la balik (dimana sampai harini aku tak bayar) haha pastu pergi makan kat food court. masa ni kelakar, kitaorang boleh pulak open cerita pasal saka2 bagai, bodoh je aku rasa. Then lepas makan, dia belikan aku air, lepas tu balik hujan la pulak. dipendekkan cerita, papa tumpangkan dia pergi train and dia msg aku cakap dah jadi sardin dalam train.

Skype! pasal skype ni bermulanya dekat library. aku dah ada skype since 2ndary school lagi, just dengan family je guna. so dah lama tak main skype, email n password pun tak ingat laa. ntah kenapa aku tengok budak2 si jegar, mizan semua sibuk berskype kat library padahal depan2 kot. then masa diaorang tengah jakun dengan skype tu, aku borak laa dengan mamat poyo ni, aku pun saje buat2 mcm kuno la tak reti main skype, aku suruh dia create new user untuk aku, time dia tengah create, si jegar sibuk babai2 aku kat wc lappy siapa tah masa tu, aku mcm,, err ok :P  then aku taktau la ada name yang tak boleh ditukar (sbb lama tak main) syaz pergi letak mia.cute aku pun biarkan. last2 sampai ke harini la skype aku mia.cute (malu kot)

Start daripada tuu la kitaorang hari2 skype. first day skype ni, lappy aku problem, aku tak reti sangat benda2 ni, so firstly kitaorang just im2 kat skype, lepas tu dia call tapi suara dia je ada, suara aku takde. so dia ajar2 aku untuk setting speaker & sound bagai. So start tu kitaorang skype borak2. dah lama2 tu, ada sekali tu dia suruh aku buka webcam (sial malu la aku) then aku cakap, ahh kau la buka wc kau. then decide buka wc sesama. Aku siap sikat2 rambut dulu baru buka wc. rupanya he did the same thing. first time dia buka wc masa dia tengah siapkan assignment drawing yg chinese ink tu. lepas2 tu, panjang so takkan aku nak story setiap aku yang diskypekan. .. 

Masa mula2 open wc, wc kau rosak haha


Ni syaz skype aku masa dia balik kg :)

Syaz ni even dah close dengan aku, tapi dia seorang yg berhati2 and still bersikap dingin dengan perempuan termasuk aku (tuu la sikap yg aku suka) masa En anuar bagi tugasan last buku scrape kena hantar, time tu aku gelabah sebab drawing2 aku banyak missing. So macam biasa aku lepak library dengan syaz, has, mizan semua laa. aku minta tolong syaz sikit pun dia tak endahkan aku. dia sibuk siapkan dia punya je, dah la turun bawah, aku yang kena jaga barang2 dia. hish!! nasib ahh Has tolong aku susun2 semua untuk buku scrape aku. Tapi lepas syaz siapkan tugasan dia, secara rela dia tolong aku. masa tu aku tak fikir terharu dah, yg penting, siap and hantar. dia tolong aku semua sekali sampai siap and hantar. fuhh lega la time tu lepas juga hantar tugasan.

Aku hampir tawar hati masa main hp dia, ada gambar sorang girl pakai tudung pegang kucing. cute budak nya.. aku expect tu gf dia.. so dalam hati aku rasa mcm.. "ohh patutlaa dia mcm dingin je, rupanya ada gf. untung gf dia" aku sedih n taknak berharap dengan dia dah. tapi aku still gaduh tiap hari dgn dia, lepak n makan together. sampai satu hari tu after exam aku terasa dengan kata2 member2 aku. masa tu aku dah panas, aku ajak syaz bla. syaz dah promise nak lepak makan dengan aku mcm biasa la. tapi aku ajak dia cakap nanti2 so aku mcm "fuck la kau" lepas tu aku amek lappy dia terus bla. shafira dengan srie follow aku. masa tu mmg aku down gila and sampai library syaz kejar aku, dia macam nak pujuk, aku pandang belakang, dia kat belakang aku senyum2 then mintak lappy. aku bengang je, so aku bagi lappy dia n aku cakap bla laa.. dipendekkan cerita, masa dia msg dia terpanggil aku sayang.. time tu aku rasa lain gila, dia suruh aku dtg kari kepala ikan makan dgn dia.. So aku pun dtg ngn fira and srie.

Since aku pakai digi easy, aku activekan number dia dengan alasan dia je member aku yang pakai digi. then dia okay je. hari2 dia balas msg aku, so makin hari makin la close dengan dia sbb dah asyik texting pulak..
Before ni kan jarang, just skype. Ada sekali masa cuti, dia layan aku makin lain sangat. Aku overnight rumah cousin, ridz. malam tu kitaorang bergayut sampai pagi. tengah malam tu aku dengan cuzzie lapar, so masa nak turun masak, gelap gila babang rumah dia, aku nak pijak tangga, nak terjatuh, aku pun lupa aku tengah on call, dah aku merengek (dah la gelap, takutt) tiba2 Syaz bersuara, " ehh Mya2, jangan takut, anggap je aku kat sebelah kau okay? dah2 aku teman kau sampai dapur" so sweet, tapi gelap2 tu dia cakap mcm tu kang aku salah pandang sebelah aku ada benda lain kang tak ke naya aku. haha lepas dah kenyang, aku naik and still on call dgn syaz. Cuzzie aku tah hape dia buat. dah dekat pkul 6 tu syaz kata nak tidur, dia request song pulak. aku dengan segan silunya,, err nanyi jela untuk dia. lagu 7pelangi, haha! sampai tertidur dia. Esoknya dia msg aku awal2 kata parents dia kejut suruh ikut pergi bukit cerakah.

Macam2 kenangan lagi yang tercipta masa kami berkawan, sampai kawan2 cakap kitaorang ni couple la bagai. bagi dia, aku dah mcm adik dia. kadang2 pun dia panggil aku adik, aku saje panggil abg. rindu friendship kami, sebab friendship is better, now relationship aku dengan dia dah makin worse. So ini je la yang dapat aku ceritakan. kalau ada lagi kenangan yang aku ingat, aku tambah jela dalam post ni, Hihi :)

Syaz, If you baca post ni, jangan marah kay? I tahu banyak lagi benda i tak tulis dalam post ni. ye memang banyak. . banyak sangat kenangan kita.. Tapi i nak you ingat sendiri and sentiasa ingat. Tak perlu laa i tulis panjang2 yang penting you ingat k syg :')

 I rindu lawak2 you :'(


Saturday, 23 March 2013

Samsung Galaxy S3 & S3 Mini

Salam, saya ada menjual Hp Jenama Samsung, Sony dan Blackberry. Original & Ap Set. You guys boleh contact saya thru Fb : Mya Sazly or whatsapp +60173481860 untuk order. Just mention jenama & model yang korang nak.
Saya juga ada set korean version (baru and ori) bukan SME & bukan china atau clone set. Fullset one box. This hp is in good condition, cuma processor tak sama. Boleh compare harga i dengan seller lain :)
Samsung Galaxy S3 Mini : Rm499  (market not sure)
Samsung Galaxy S3 :  Rm650         (market 700-800)
Samsung Galaxy Note2 : Rm799    (market 950)
Samsung Galaxy Trend Duos : Rm450  (not sure)

S3




Trend Duos (dual Simkad)



Ada yang tanya samada saya jual clone or china, dealler mmg ada but saya tak berani nak jual. pakai pun takkan sesekali. Haha. Sebab clone and china set lagi murah & lagi banyak problem. Sama juga dengan taiwan set. China & smuggle set biasanya takde playstore and takboleh connect to wifi. boleh text and call, camera, video and media player je. Mcm tu baik pakai C3 kan? :)
Ini Contoh Hp tiruan, mmg dah sah2 nampak tiruan kan? ;













Barbie - Inspired Photographs of a Loveless Marriage

Sumber : http://www.featureshoot.com/
This is awesome ! I love barbie ! I love PINKKK !!


Vancouver-based photographer Dina Goldstein shoots for magazines and ad agencies around the world. Her series, In the Doll House, examines the less than perfect life of B and K. B is a super doll, the most successful doll in the world. Her partner K is grappling with his sexuality and finds himself in a loveless marriage. He struggles with his position in the household and faces his lack of authenticity.













Tindakan bijak apabila kereta diekori


**Gambar sekadar Hiasan**

***Pengalaman sebenar diekori kereta penjenayah ini dialami oleh Nur Farina bt Abdullah,
 ikuti kisah beliau***

kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota.

saya ke nilai nak beli langsir, abis semua saya pun nak balik umah di bangi sorg2 dlm keta, sampai satu jalan tu saya perasan ada keta merc atau bmw dgn no wnw 8558 atau wnw 8588 ( tgh gelabah no keta pun ingat2 lupa) dia bg lampu kat saya, so saya slow ler keta sbb keta saya pintu tak rapat atau tangki minyak x rapat, tp saya tgk semua ok2 jer, so saya buat tak tahu dan dia bg lampu lagi, so saya slow dan ketepi skit keta sbb ingat dia nak potong saya, tp saya slow dia pun slow blkg saya...hati mula rasa x sedap, jalan mmg xde satu kereta pun sbb jalan tu mmg lenggang. bila saya tgj mcm tu saya terus syak keta tu nak buat jahat. terus saya pecut keta dan saya tgk dia ikut saya.

sampai roundabout saya saja pusing2 2 3 kali kat situ dia pun ikut juga sambil bg lampu, saya terus pecut dan call suami, suami suruh terus pergi balai polis yg berdekatan, balai yg dekat adalah balai polis bandar seri putra bangi, so saya tgk keta tu ikut juga saya dan saya terus ke balai polis dan parking depan balai dan saya tgk keta tu terus jalan x ikut sama berhenti.

saya masuk balai dan buat report dgn polis, bila saya ckp no keta polis tu tanyta keta merc atau bmw puan? saya ckp antara dua tu saya xleh nak cam sbb tgh takut... pastu polis tu senyum2 seolah2 mmg ada kes keta tu follow keta orang lain...polis tu ckp mmg kat situ kes samun keta mewah byk jadi sbb jalan tu lenggang dan sunyi.

jadi tak digalakkan sangat kalau sorg2 lalu jalan tu sbb jalan tu agak bahaya...dia ckp saya amik tindakan yang bijak sbb terus ke balai polis sbb kalau saya terus balik umah mbe dia akan target umah saya jugak...

jadi kawan2 perempuan tlg lah hati2 kalau jadi mcm apa yg saya alami hari ini... kalau ada yg mencurigakan terus bwk keta g balai polis. minta polis antar kita balik supaya org yg jahat tu xkan ikut kita, so kurang2 dia x tau mana umah kita... skrg nie mcm2 taktik org jahat nie...

jadi ari nie saya balik diantar oleh pakcik polis, dia ckp kalau saya berhenti keta dan turun keta td mesti dah kena samu, atau rogol atau bunuh atau culik sbb jalan nilai bukit mahkota tu mmg sunyi sangat2...

buat semua kawan2 sila hati2 ya... ingat... kalau ada apa2 terus bwk keta dan pergi balai polis! ini adalah apa yg jadi pada saya hari ini...

Isteri tangkap suami b'asmara dalam kereta



Alangkah hairan wanita ini, melihat kereta milik suaminya parking di sebuah taman hiburan, padahal pada waktu ini suaminya mesti ada di pejabat. Wanita ini merasa curiga dan terus menghampiri kereta suaminya tadi.

Wanita tadi memanggil nama suaminya tapi tak ada jawaban, akhirnya dengan segera didekatinya kereta tersebut lalu dia membuka pintu kereta yang ternyata tidak terkunci. Wanita tadi terperanjat kerana setelah membuka pintu itu dia terlihat suaminya dan seorang wanita lain sedang melakukan hubungan seks tanpa memakai pakaian.Berlakulah pertengkaran diantara mereka.

Inilah kisah yang terjadi di sebuah taman di China. Berita dan foto-foto ini menjadi perbincangan hangat di semua forum internet di China pada minggu yang lepas. 

Bak pepatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Moralnya suami atau isteri jangan berbagai nak buat aksi seumpama ini.

Tapi dunia sekarang, bukan hanya di China. Malaysia pun da banyak kes suami atau isteri curang. I dont understand why people get married nowdays? Kahwin last2 curang, apa faedahnya? Isteri tu untuk apa sebenarnya kahwin kalau nak ada wanita lain? Fikir2kan lah wahai lelaki . .

Wassalam, Wa'allahhualam.

Sumber : ruang hati.com

Sunday, 17 March 2013

Couple's

Salam :'(

Sebelum ni mya jujur mya ada ramai ex couple & scandle. tapi private laa, tak semua cerita kita boleh dikongsi kan? Tapi dari dulu ramai lelaki yang minat, suka, jatuh hati and sanggup tunggu mya (ni bukan perasan atau bangga tapi nak share n luahkan) tapi mya tak layan langsung org2 tu. kadang2 ada yang mya layan as friend je but dorang salah faham lepas tu ingat mya bagi harapan, aduii mati aku cmtu -_-
Tapi sejak akhir2 ni lelaki2 yang mcm nk kenal tu semua kalau mya buat bodoh dorang tak kacau dah, tpi ada juga mya pernah kena sound sebab sombong katanya.. Dia cakap mya perasan lawa sebab tu tak layan dia. Haisss !!!!!!!!!!!!! layan salah tak layan salah. susah la jadi perempuan, bagi gadis2 yang teringin sangat nak ada ramai pujaan hati, mya nasihatkan lebih baik takde yang meminati kita daripada kita sakit hati ada peminat pelik2 ni, sbb kita perempuan bukan tak hargai tapi lelaki, korang KENA FAHAM yang perempuan ni jaga maruah dan harga diri serta berusaha menjadi seorang yang setia dan lebih baik. Lain lah korang guys, boleh kahwin 4 siap pasang scandle curi2. Hurmm..
Sebenarnya dalam post ni mya nak minta maaf pada ex2 mya especially yang berjiran dengan mya sebab mya tak reti hargai. masa tu tak matang lagi, tak fikir pun masa depan, tau nak main2, huha2 la bagai. tapi susah la nak serious, bebudak kot agak2 la. dah la kena focus study yg tak berapa nk study tu, haha.
Weh, untuk kau 'F' sorry sebab aku tak pernah dan tak pandai hargai kau. bukan aku malu couple dengan kau. Even aku sebagai Mya Sazly ni tak ada yang perfect dalam diri aku. kalau boleh aku teringin nak jadi orang lain but be our self is the best in our own life... . .
Aku rindu doe kau hargai aku gila2 mcm wife dh kau layan aku. kau layan aku baik sangat, kau boleh jdi bestfriend aku and couple aku at same time. Kau layan aku mmg takde yang boleh aku bandingkan.. mungkin nasib aku kan tak hargai kau, and maybe game kau, so sekarang aku dapat someone yang "baik" dan selalu buat aku nangis.. Aku sedih sangat sekarang.. kalau la kau, kau takkan buat aku nangis sekali pun tapi tu la manusia kan.. banyak buat silap, aku minta maaf sangat2 wehh .. Karma.. Apa kita buat akan dibalas balik.. hope kau dapat pasangan yang lebih baik k.. Aku pun harap yang aku diberi peluang untuk dapat orang yang setia seribu kali setia kat aku :'(
I miss my old life.. Sbb sekarang hidup aku tak sama langsung dengan dulu, marah aku tak dapat kawal..
Tau nye nak marah2 n belasah orang je, plus aku asyik stress weh... kadang2 aku jerit kuat2 mcm orang gila n mcm2 aku buat.. Weh aku sedih la mcm ni, aku harap ko maafkan aku k.. Harap lepas ni if aku dapat pasangan yang baik aku akan hargai.. tapi kalau dia curang belakang aku.. . Hmm ntah la ..
Takut aku nak hadapi sebenarnya.. Aku takut la nak jadi dewasa, kerja, kahwin, ada anak n family, macam2 
Aku taknak jadi orang dewasa.. Nak jadi kanak2 balik supaya tak payah fikirkan semua ni lagi..

:'(

**Girls, Kalau korang jumpa lelaki yang betul2 setia, hargai lah mereka yea.. And buat lelaki setia atau tak setia, yang dah berpunya tu . Kalau sekalipun awak tak cari, mereka datang sendiri pada kalian, Jangan lah layan atau bagi harapan.. Jaga lah gadis awak dengan baik.. Mak ayah dia mesti gembira dapat menantu mcm awak tau.. Jangan la curang dan tipu pasangan.. Ingat ni lelaki. . .

Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Kalau tak layan manakan jadi . .

Salam . .

Thursday, 14 March 2013

Akibat Berzina


Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam….Sumber Artikel

Story : Abg, Syg Cemburu.

Salam kawan2 . Mya ada baca satu cerita dalam blog seseorang .. Mya nak share cerita tu dengan korang , Hope Enjoy it :)
Tittle : Abang, Sayang Cemburu.


"Aku terima nikah Maryam Sofea binti Marwan Solihin dengan mas kahwinnya RM250 tunai." kata keramat yang lahir dari bibir Izzul Harith bin Ibrahim.

Tersenyum sendiri Maryam menatap gambar di hari bahagianya dua tahun yang lalu. Hatinya sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuknya. 'Dialah jawapan istikharah ku.. Sah menjadi imam ku..'

Jarum jam sudah bergerak ke angka 11. Maryam Sofea setia menunggu kepulangan suami tercinta sambil membaca novel Sebarkan Cintamu karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Lewat juga abang balik malam ni' hati Maryam berbisik sendirian.

Izzul Harith bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai doktor farmasi. Tugas yang dipertanggungjawabkan olehnya tidaklah sesibuk doktor-doktor yang berada di wad. Namun, tanggungjawabnya sangat berat. Beliau harus berhati-hati dan teliti dalam menjalankan tugas terutama semasa memberi pelbagai jenis ubat kepada pesakit agar tidak berlaku kesilapan.

Kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah. Bergegas Maryam meluru ke muka pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Senyuman manis terukir dibibir Maryam tatkala menyambut tangan suaminya.

"Sayang tak tidur lagi ke?" tanya Harith.

"Sayang tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? Sayang buatkan air ye." Maryam melepaskan tangan Harith untuk ke dapur.

Belum sempat Maryam melangkah, Harith dengan pantas menarik lengan Maryam. Satu ciuman singgah didahi Maryam.

"I Love You sayang..!" ucap Harith begitu romantik.

Maryam tersimpul-simpul malu. 'I Love You Too Abang', Maryam membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur.

Malam makin larut. Maryam merebahkan badan disisi suaminya setelah selesai baca surah al-mulk. Harith yang sedang membelek majalah SOLUSI perasan yang isterinya ingin bertanyakan sesuatu. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya.

"Sayang ok ke?" Tanya Harith

"Ermm, ok je abang. Kenapa?" Jawab Maryam sambil memandang suami yang disayanginya.

Direnung mata isteri yang dicintainya. Cinta yang berputik selepas akad nikah, mata itulah yang direnungnya pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat di situ.

"Sayang, Abang minta maaf ye. Dah tiga hari berturut-turut abang balik lambat. Pergi kerja Dania tak bangun lagi. Balik kerja pula Dania dah diam beradu. Maafkan abi ya Dania. Maafkan abi juga ya ummi Dania." luah Harith.

"Abang. Sayang faham kerja abang. Abangkan keluar cari rezeki untuk keluarga. Dania ok je abang, tak banyak kerenah. Cuma seperti dia rindukan abinya." luah Maryam pula.

Mata mereka beralih pada ruang sudut bilik. Terlihat katil Maisarah Dania yang dihiasai reben pink putih. Bayi baru berusia 8 bulan leka dibuai mimpi nan indah.

"Dania je yang rindu abi? Ummi Dania tak rindu abi?" Seloroh Harith.

Maryam mencubit lengan suaminya. Malu dirinya dikenakan begitu.

"Abang, jom tidur. Nanti terlepas tahajjud." Maryam bersuara menutup rasa malu.

"Jom sayang. Baca tiga Qul dulu ya sebelum tidur." Harith mengingati isterinya sambil menghadiahkan senyuman.

4.30 a.m...

Maryam terjaga dari lenanya. Meraba-raba suami disebelah. Tiada..!
Kedengaran suara rintihan dalam sedu sedan di bilik sebelah. Lama Maryam hayati, makin kuat rintihan itu. Dia tahu..! Apa yang dilakukan oleh suaminya. Dan dia akur, itulah cinta suaminya yang sejati dan yang pertama dihati. Dia tidak perlu cemburu akan cinta itu. Maryam berfikir, walaupun segunung cintanya terhadap Harith, namun tidak pernah sesekali sama akan cinta suaminya ditikar sejadah itu. Esak tangis. Suara Harith hiba, mengadu pada Yang Maha Pencipta.

Wajah Harith yang begitu suci baginya bagaikan tiada masalah tiap kali mereka bersama. Manusia mana yang tiada masalah, sama ada sebesar-besar gajah mahupun sekecil-kecil zarah. Namun Harith tidak sedikit pun menunjukkan masalah kepadanya. Hanya kepada Yang Agung tempatnya mengadu saban malam.

Maryam bergegas ke bilik air, tidak mahu melengahkan masa. Maryam mahu mengikuti serta berjumpa Allah bersama suaminya.

Selesai solat sunat tahajjud, Maryam dan Harith sama-sama menghabiskan satu juzuk yang masih berbaki. 15 belas minit kemudian, sayup-sayup kedengaran suara bilal menandakan telah masuk waktu subuh.

Harith mengimamkan solat subuh dengan penuh khusyuk. Alunan surah al-Fatihah sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka, Harith menagulunkan pula surah al-Waqiah pada subuh itu. Menitis air mata membasahi pipi Maryam. Sangat meruntum jiwanya.

Setelah mengaminkan doa, tiba pula untuk bersalaman. Harith perasan mata dan hidung Maryam kemerah-merahan.

"Sayang, kenapa menangis?" Tanya Harith.

Maryam diam seribu bahasa.

"Sayang. Sayang abang yang comel lagi solehah ni sakit ke?" Seloroh Harith.

Maryam hanya tersenyum kelat. Namun esak tangisnya terus kedengaran.

"Sayang.. Kenapa? Abang ada buat sayang kecil hati ke?" tanya Harith lagi memujuk isterinya.

"Abang. Sayang Cemburu." Terungkap tiga kata dari bibir Maryam.

Harith hanya tersenyum apabila terdengar ungkapan jujur dari isterinya.

"Sayang cemburu abang akan ada bidadari lain di syurga nanti." luah Maryam.

"Bila abang cakap macam tu sayang.?" tanya harith sambil menyeka air mata di pipi isterinya yang mulus.

"Tadikan abang cakap masa solat subuh." Maryam bangun mengambil surat cinta dari Allah dan dibeleknya helaian keramat itu.

"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." luah Maryam lagi dalam tangisan.

Harith hanya tersenyum. Itu saja yang dia mampu ukirkan dibibir tatkala isterinya yang dicintai dunia akhirat mengadu hiba di depannya. Harapan Harith dengan senyumnya memberikan semangat dan meredakan perasaan isterinya yang gusar.

Harith duduk bertentangan dengan Maryam. Diambil tangan Maryam dan menggenggamnya erat. Direnungnya anak mata Maryam yang bersinar cahaya. Dicium tangan Maryam dengan penuh kasih sayang yang sarat dengan cinta.

Berdebar-debar Maryam menanti suami yang dicintainya bersuara.

"Sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu kan?" bisik Harith.

Maryam mengangguk lemah.

"Abang cintakan sayang. Itu pun sayang tahukan?." bisik Harith lagi.

Maryam terus mengangguk.

"Semua ni kerana siapa sayang?." tanya Harith.

"Kerana Allah dan Rasul." jawab Maryam dengan yakin.

Harith terus memeluk bahu isterinya sambil mengusap kepala Maryam yang masih berlitup rapi dek telekung solat.

"Sayang, jika itu jawapan sayang atas pertayaan abang tadi, mana mungkin cinta, rindu, kasih dan sayang abang terhadap isteri tercinta abang ni beralih arah tatkala di akhirat kelak? Sayang, wanita solehah adalah bidadari didunia. Dan sayang adalah bidadari dunia buat abang. Dan sayang jugalah ketua bidadari di syurga kelak." luah Harith.

"Sayang. Abang nak sayang tahu satu perkara. Abang sebenarnya lagi cemburu pada sayang." Harith sambung luahannya.

Maryam terus mendongak, memandang mata Harith.

"Maksud abang.?" Maryam bertanya kehairanan.

"Ya.. Abang lagi cemburu.. Sangat-sangat cemburu pada sayang." Harith menunjukkan air muka yang hiba.

"Apa yang sayang dah buat sampai abang cemburu pada sayang.?" tanya Maryam lagi.

"Pada hari kita dipertemukan oleh ustaz Ehsan serta keluarga kita, abang malu sangat bila tengok sayang. Sayang muslimah yang sangat solehah. Pada masa tu abang terfikir layakkah sayang untuk abang?. Abang lagi cemburu bila ustaz Ehsan maklumkan pada abang ramai mujahid yang sudi jadikan sayang sayap kiri mereka. Namun, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan mujahidah solehah Maryam Sofea pada abang." Harith terangkan dengan suara agak perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya.

Maryam terseyum mendengarnya...

"Lepas nikah lagi abang cemburukan sayang. Sayang pandai jaga abang, sayang pandai memasak. Tengok badan abang ni dah makin 'tegap'." seloroh Harith sambil memicit hidung isterinya.

Maryam menjerit kecil bila dilakukan begitu.

"Cemburu abang makin bertambah-tambah tatkala sayang disahkan hamil. Masakan abang mana boleh mengandung. Sabda Rasulullah saw perempuan yang mengandung akan diampunkan 1000 dosa dan diberikan pula 1000 pahala. Banyak tu. Sebab tu abang cemburu. Saat Dania dilahirkan, sayang bertarung nyawa. Kesakitan tak terkata. Abang bukan tak berpeluang nak merasai itu semua tapi memang peluang itu tak akan muncul sampai bila-bila bahkan sampai kiamat berlaku. Jika ditakdirkan, Allah ambil sayang masa lahirkan Dania, cemburu abang berada tahap tinggi. Sayang akan syahid dijalan Allah. Tapi abang? Tak mampu berada ditempat sayang. Jika Allah izinkan, abang nak rasa kesakitan sayang saat lahirkan anak-anak kita." Harith meneruskan luahannya yang berakhir dengan dihujani air mata yang membasahi pipi.

"Abang ku sayang. I Love You Too." ucap maryam setelah mendengar luahan hati suaminya.

"Ha...?" Harith hairan tiba-tiba isterinya melafazkan cintanya.

"Jawapan malam tadi, sayang jawab dalam hati. Allah je yang dengar. Sekarang sayang ucap depan abang, biar abang  pon turut dengar." Maryam menjawab.

"Sayang, abang berjanji bahawa di akhirat kelak sayanglah ketua bidadari abang di syurga. Kita bercinta hingga ke syurga ya sayang." Harith berkata dengan rasa cinta terhadap isterinya yang solehah.

Perbualan mereka terhenti akibat terdengar Maisarah Dania bercakap seorang diri di katilnya. Dengan pelbagai bahasa bayi digunakan sambil tangan bermain kain yang menyelimuti badannya. Izzul Harith dan Maryam Sofea tersenyum melihat gelagat bayinya yang sangat comel.

"Mata bulat, bulu mata lentik, kulit putih merah, lesung pipit di pipi. Semua ikut Ummi ya.. Abi cemburu." Harith berkata.

"Abang ni. Tu ha hidung Dania yang mancung tu ikut siapa kalau tak ikut abinya" Maryam terus menarik hidung suaminya yang sedang mendukung Maisarah Dania.

"Sayang, sama-sama kita doakan Dania menjadi anak yang solehah ya. Dialah saham kita di akhirat kelak." kata Harith kepada Maryam.

"InsyaAllah abang." jawab Maryam pendek sambil mencium pipi Dania yang merengek minta disusukan.

Sumber : Setanggi Surga


Persoalan ttg Bidadari di Surga & Para Isteri


Saya kalau terdengar perkataan 'bidadari', memang rasa lain. Lagi-lagi bila dalam satu ceramah Ust. Azhar Idrus, dia kata, "Seorang suami yang soleh akan mendapat sekurang-kurangnya 70 orang bidadari di syurga nanti"

"Jadi seorang Isteri yang solehah dapat apa ya Ustaz ?"

Kasihan si isteri asyik kena tinggal je, dah tu dah ada 70 orang bidadari menunggu si suami. Dah la kat dunia pun asyik kena tinggal ngan suami je ( kena tinggal di sini bermaksud, isteri merelakan diri ditinggal suami bilamana suami ingin keluar atas urusan agama. Kan salah satu golongan wanita yang dijanjikan masuk syurga adalah isteri2 dari jenis ini.

Ini adalah antara soalan2 yang 'berselerak' kat dalam fikiran saya tentang bidadari. Dalam fikiran perempuan2 lain juga saya kira. Tak pelik pun saya rasa, sebab mestilah perempuan akan cemburu bila peranan mereka digantikan oleh bidadari syurga. Apatah lagi dalam Al-Quran, bidadari digambarkan abadi, suci,kecantikannya tidak dapat digambarkan dengan kata.


Jika bidadari menampakkan wajahnya, terpancarlah keindahan antara langit dan bumi.Mereka tidak pernah disentuh oleh penghuni-penghuni syurga selain suaminya. Jika bidadari syurga ke bumi nescaya wanginya akan memenuhi seluruh bumi… Subhanallaah... Jadi, tak pelik pun kan jika seorang perempuan tu merasa cemburu...

Tapi mungkin ramai wanita tak tergamak nak meluahkan sebab bidadari tu kan hadiah Allah kepada lelaki soleh. Maka, siapalah kita ini untuk menidakkan.

Sama macam saya . tetapi , Alhamdulillah . .

Ada seorang isteri yang berani bertanya kepada seorang ustaz dalam satu ceramah,
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Si ustaz kemudian menjawab,


"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.."

Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si isteri tunduk sambil tersenyum kelat.  Tapi kalau saya yang kuat cemburu nie macam mana ya ? :'(

Kenapa pula suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Seorang wanita di dunia itu jauh lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari di syurga, kerana ibadahnya kepada Allah semasa di dunia.Bukan senang menjadi seorang isteri,

Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari Muaz bin Jabal r.a., “Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, kecuali isterinya dari kalangan bidadari berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya, semoga Allah s.w.t. membunuhmu. Sesungguhnya (ia) hanyalah seorang tamu bagimu, sebentar lagi ia akan meninggalkanmu dan datang menemui kami di syurga.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, no.2041. Dinilai sahih oleh al-Bani).

Fuhh kalau isteri tu menyakiti hati suaminya, bidadari di syurga akan sangat geram dan seakan 'menyumpah' si isteri tersebut. Kerana itu jika isteri itu benar2 menjaga perilakunya, dia akan dijadikan ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas.

Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? :)

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Sumber : Seindah kilauan firdausi

Dah terjawab apa yang mya nak tau selama ini, pendirian Mya sama seperti akak yang berani bertanya kan pada ustaz tersebut, yang membezakannya, Mya malu dan takut nak tanya soalan mcm tu sbb takut persoalkan pula hukum hakam dan apa yang datang dari Allah.. Insyaallah, i wanna be a good wife someday :')

Monday, 4 March 2013

Pencerobohan di LahadDatu , Sabah

Salam guys,

nampaknya topik ni ranking number satu dalam Fb sekarang, perasan tak rakyat banyak bergaduh pung pang pung pang dalam Fb semata2 kerana "Sultan Sulu" & the gang ni kan? And berkait agak rapat dengan politik punya story. Aku mmg tak pandai pasal politik2 ni but aku just search news pasal LahadDatu ni untuk pengetahuan n semasa untuk aku sendiri la. Mmg macam2 news kita dapat from Fb and laman social lain termasuk blog tapi tak semua kita boleh percaya 100%. But the thing is, kenapa mentality diaorang semua kolot and nk bang kerajaan/pm terus menerus ea? Some of these yang aku baca, aku teringin nak share je.
Sultan Sulu sanggup mati daripada serah diri. Lol kuat gila semangat mangkuk ni, macam Sabah dia punya je -.-''


Semalam kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina merayu dan memberi amaran agar menyerah diri susulan insiden kelmarin. Mereka berkubu sejak 9 Februari lalu.

Raja Muda Agbimuddin Kiram berkata, beliau dan 224 pengikutnya yang masih berkubu di Lahad Datu tidak akan meninggalkan Sabah meskipun pihak berkuasa Malaysia dan Kerajaan Filipina berulang kali menggesa mereka menyerah diri.

Dipetik portal Inquirer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam mesej yang dihantar kepada abangnya, Sultan Jamalul Kiram III kira-kira jam 5 pagi semalam. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya. Sumber dari UTARA NEWS

Kepada yang masih tertanya-tanya mengapa Kerajaan Malaysia masih menggunakan polis untuk menyelesaikan krisis dan bukannya tentera. -->


Persoalan Kenapa guna polis bukan tentera?

i) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

ii) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

iii)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

i) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

ii) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

iii) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

iv) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada  negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico.

Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya juga sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga..
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan.

Terimakasih.

~Kota Kinabalu.

Sumber : Pisau.net