Friday, 1 February 2013

Kasihani laa kami wahai kaum lelaki !! :'(

Petikan cerita2 dibawah bukan la aku yang karang, tapi semua diambil daripada blog2 yang kaum2 wanita mostly berstatus isteri yang share kisah mereka bersama untuk dijadikan contoh bahawa kita perempuan jangan laa terlalu mempercayai lelaki. . Dengan semua bahan bacaan dari surat khabar dan blog, serta luahan daripada sahabat2 saya, saya rasa sangat berkecil hati with boys/mans, kenapa korang suka berlaku curang? Apa faedahnya? Seronok kah mempermainkan hati seorang wanita? Apa perasaan korang if kena kat batang hidung sendiri? Fikir la. . Jaga la hati kami .. Wanita sepatutnya dilindungi dan dijaga bukan ditindas dan dipermainkan . .




Cerita 1 


SETIAP wanita yang telah bergelar isteri tentunya ingin dikasihi oleh suami sehingga ke akhir hayat. Setiap saat mereka mahu dibelai dan dimanja oleh suami tercinta.
Perkahwinan yang dibina tentunya ingin diselamatkan walau apa terjadi kerana kasih terhadap suami telah tersimpul mati.
Namun mampukah seorang isteri menikmati keindahan dan kebahagiaan itu bersama suami yang ditatang bagaikan minyak yang penuh?
Dilema inilah yang ditanggung oleh Nadia (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun yang kini sedang berperang dengan suaminya Nazir (bukan nama sebenar), 38 tahun disebabkan Nazir ada hubungan sulit dengan sepupunya, S.
Semuanya bermula apabila Nadia menumpangkan sepupunya di rumah mereka sejak empat bulan lalu.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah ini seterusnya seperti yang diceritakan oleh Nadia dalam pertemuan kami baru-baru ini.
"Saya telah tujuh tahun bernikah dengan suami, Nazir, seorang pegawai kerajaan dan mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun. Saya bertugas di sebuah syarikat swasta.
"Tujuh tahun hidup bersama tidak ada masalah yang timbul. Suami seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memberi layanan baik kepada saya dan anak-anak. Saya amat menghargai sikapnya itu dan berterima kasih atas kebahagiaan yang kami nikmati selama ini.
"Namun panas yang saya harap sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kedatangan sepupu saya dari kampung melenyapkan segala kebahagiaan kami itu.
"Sepupu saya berusia 23 tahun, anak sulung ibu saudara saya, adik kepada ibu saya. Dia baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Sementara hendak biasa dengan hidup di KL, ibu saudara saya minta saya tolong tengok-tengok dia dan tumpangkan di rumah saya.
"Sebagai anak saudara dan kakak sepupu yang paling tua dalam keluarga kami tentu saya tidak menolak permintaan ibu saudara saya itu memandangkan adik sepupu saya itu yang kami panggil S tidak pernah tinggal di bandar besar sebelum ini.
"Suami pula tidak menolak apabila saya beritahu permintaan ibu saudara saya itu. Memang saya dan suami ikhlas membantu. Secara kebetulan tempat kerjanya sehala dengan pejabat suami saya.
"Setiap hari dia menumpang kereta suami ke pejabat, balik pun sama, suami saya menjemputnya setiap hari. Pada mulanya saya tidak nampak akan timbul masalah dengan perkara itu.
"Tetapi lama-kelamaan saya perhatikan sejak S menumpang keretanya, suami selalu pulang lewat ke rumah bersama S. Alasannya dia sibuk dan S terpaksa menunggu dia untuk pulang.
"Saya merasa pelik, setelah tiga bulan tinggal di KL, masakan S tidak tahu selok belok pulang ke rumah sendiri, kalau tidak larat menaiki bas, teksi banyak. Kenapa mesti tunggu suami saya juga. Paling tidak, dia boleh telefon saya bagi tahu suami saya lewat, saya boleh jemput dia.
"Bukan sekali dua kejadian itu berlaku malah semakin kerap dari minggu ke minggu. Apabila saya tanya, dia kata saya cemburu. Di rumah juga saya nampak sikap mereka banyak berubah. Tidak seperti S mula-mula tinggal dulu.
"Apabila suami saya ada di meja makan, S tidak makan bersama kami lagi. Apabila saya terlewat turun untuk makan atau sedang solat, baru S makan bersama suami dan anak-anak. Banyak kali juga saya perhatikan keadaan tersebut.
"Saya boleh baca daripada bahasa badan mereka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kedua-duanya. Tetapi saya tidak boleh menuduh tanpa usul periksa. Saya luahkan perkara ini kepada adik lelaki saya tetapi dia menafikan dan berkata saya cemburu. Tapi saya beritahu dia satu hari saya akan buktikan yang tekaan saya benar belaka.
"Tuhan Maha Kaya dan ingin bantu saya. Satu hari, pembantu rumah saya mohon bercuti untuk ke rumah kakaknya yang jatuh sakit. Memandangkan hari itu Jumaat saya izinkan sebab Sabtu dan Ahad saya tidak bekerja.
"Anak kami saya tumpangkan di rumah adik saya yang tidak jauh dari rumah kami, lagipun anak kami sama sekolah. Balik dari pejabat saya boleh jemput dia.
"Pada hari Jumaat itu, saya keluar kerja seperti biasa selepas setengah jam suami dan S keluar. Saya tidak syak apa-apa akan berlaku kerana saya yakin suami dan S ke tempat kerja. Menjelang tengah hari saya tidak sedap hati. Teringatkan anak di rumah adik, saya mengambil keputusan pulang awal. Hampir pukul 4 petang saya keluar dari pejabat. Mulanya hendak terus ke rumah adik menjemput anak tetapi tergerak hati untuk pulang ke rumah dulu menyalin pakaian dan kemudian menjemput anak untuk pergi makan.
"Menghampiri rumah hati saya berdegup kencang. Dari luar saya lihat kereta suami ada di parkir. Pelik juga, selalu malam baru balik, ini awal sudah sampai. Agaknya dia tidak sihat, hati berkata tanpa mahu buruk sangka dengan suami.
"Saya letak kereta di luar pagar, kemudian berjalan masuk ke rumah. Pintu tidak berkunci, malah sedikit terkuak. Saya melangkah masuk dengan dada yang semakin kencang. Terdengar suara orang bercakap, pelik siapa agaknya, hati berkata lagi.
"Jelas suara itu datangnya dari bilik tidur kami. Saya berjalan laju ke arah itu, makin dekat makin kuat pula suara yang saya dengar. Hati mendidih, meluap-luap kemarahan saya.
"Sebaik menolak pintu, saya terpaku. Suami dan S dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya menjerit sekuat hati dengan air mata berlinangan. Tergamak mereka! Melihat saya terpacak di depan mata, suami tergamam dan melompat turun dari katil sementara S terpinga-pinga.
"Sampai hati abang! Ini balasan yang kamu bagi pada kakak. Patut kamu bersyukur ada tempat menumpang. Ini tidak, suami kakak pun kamu hendak rampas. Saya tidak akan ampunkan abang...tidak sama sekali,'' saya menjerit dan menuding jari ke arah mereka.
"Habis berkata-kata saya berlari keluar dari bilik dan dikejar oleh suami. Hati saya sudah tawar. Sambil menangis saya memandu kereta meninggalkan kawasan rumah menuju rumah adik lelaki saya tanpa menoleh ke belakang lagi. Tiba di sana, saya meluahkan segala yang berlaku. Adik amat marah dengan kejadian itu dan terus menelefon ibu dan bapa saya serta mentua untuk menceritakan perkara yang sudah berlaku. Dia juga memberitahu ibu S tentang kejadian itu.
" Seluruh adik-beradik saya yang berada di Kuala Lumpur berhimpun di rumah adik. Esoknya keluarga kami sampai dari kampung termasuk ibu S. Mentua saya menangis dan memeluk saya, ibu dan bapa bersedih dengan kejadian itu sementara ibu S yang juga ibu saudara saya turut kesal dengan apa yang berlaku. Berkali-kali dia meminta maaf dia atas perbuatan anaknya itu.
"Adik saya dan mentua ke rumah saya untuk membawa suami dan S ke rumahnya. Sebelum mereka tiba saya telah nekad untuk memohon dilepaskan. Keputusan saya muktamat. S berkali-kali memegang kaki saya minta ampun, tapi saya sudah tidak boleh memandang wajahnya lagi lebih-lebih lagi suami.
"Ibu saudara saya minta Nazir bertanggungjawab terhadap S dan mahu mereka segera bernikah tanpa langsung mengambil kira perasaan saya.
"Sebelum perbincangan selesai saya meninggalkan rumah adik. Saya perlukan ketenangan. Kedua-dua anak kami saya bawa bersama. Saya bagi tempoh seminggu kepada suami untuk keluar dari rumah kerana rumah itu adalah rumah saya, nama saya.
"Sebulan menunggu akhirnya saya dilepaskan. Saya bersyukur kerana hak penjagaan anak diberi kepada saya. Apa yang berlaku selepas itu antara suami dan S saya tidak tahu dan tidak teringin untuk tahu. Malah sehingga kini, saya tidak balik kampung kerana terguris hati dengan perbuatan sepupu saya. Saya tidak mahu bertembung dengan ibu saudara saya dan keluarganya.
"Kini saya semakin pulih. Walaupun kejadian itu tidak dapat saya lupakan tetapi saya akan berusaha untuk tidak mengingatinya lagi. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup sebagai ibu tunggal dan memberi kebahagiaan untuk membesarkan anak saya.
"Saya nasihatkan anda di luar sana supaya jangan mudah menerima orang luar untuk menumpang walaupun saudara sendiri kerana rambut sama tetapi hati lain-lain. Biarlah dikatakan sombong asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita,'' demikian Nadia berpesan sebelum menutup cerita.
Cerita Nadia memang menyedihkan. Ia ibarat diberi susu tetapi dibalas dengan tuba. Saya yakin kesedihan itu mengambil masa untuk dilupakan kerana ia membabitkan saudara sendiri. Kes seperti yang Nadia lalui memang kerap berlaku dalam masyarakat hari ini. Dalam pada kita berusaha menjaga hati orang atau saudara mara, biasanya kita akan terlupa pada hati sendiri.
Apa pun saya harap Nadia tidak patah semangat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Jadikan kejadian itu satu pengalaman berharga dalam hidup. Mungkin Allah menguji Nadia untuk menghadiahkan seorang lelaki yang lebih baik pada masa depan. Soal hati susah di ramal, tidak kira sudah menjadi milik orang atau tidak bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.
Menamatkan catatan, jika kesedihan itu semakin menghimpit, bersihkanlah jiwa agar ia tenang dan kembali bersinar serta mampu membalut luka di hati yang telah berdarah.

*Yang ni aku sedih sangat baca, tergamak suami dia buat mcm ni dengan sepupu bini dia sendiri. .

Cerita 2

saya baru sahaja berkahwin pada awal March 2012. dengan rezeki Allah yg maha besar, sy disahkan hamil. saya hanya kosong seminggu sahaja.
jadi, kandungan saya sudah berusia 5 bulan sekarang. Alhamdulillah..

suami saya bekerja di sebuah saya automotif sebelum ini. dan skrg sudah pun berpindah di syarikat lain
pada awal2 perkahwinan, sy dapati sgt sukar mengecap bahagia dengan dia. suami kelihatan dingin dan semua masalah tidak mahu dibawa berbincang. bila ade pertengkaran, saya saja yg mengalah.

setelah sebulan berkahwin, sy cek hp die dan jupe bbm drp kwn sekerja dia.
pada awal bbm, spt kawan biasa, tetapi makin lama dibaca makin gatal perempuan tu.
setelah ditanya kpd suami, die jawab yg perempuan tu hanya kawan sekerja die dan perempuan tu sudah pun ade anak dan suami
saya pun bbm perempuan itu dan nasihatkan die tntang batas2 pergaulan sbg seorang isteri.
kemudian tiada lg bbm dr perempuan itu

bebrapa minggu selepas itu, sy terbuka emel suami.
perempuan itu emel suami surat perletakan jawatan
suami yg minta perempuan itu buatkan surat (perempuan itu adlh kerani)
dlm surat itu, perempuan itu ber"sayang"2 dgn suami sy. beliau sedih yg suami sy akan meninggalkan syarikat.
saya bergaduh lg dgn suami.
dlm keadaan mabuk2 hamil 2 bulan sanggup suami masih lg contact dgn perempuan tu.
sy makan hati sgt.
dia janji takkan kontek perempuan tu lg.
sy beri peluang lg.

kemudian, beberapa minggu selepas itu, sy terbuka hp suami
nampak gambar suami dan perempuan itu dlm kereta
bergambar agak dekat.
bila ditanya mereka keluar mkn bersama atas urusan kerja
saya makan hati lagi
saya beri peluang lg
sbg isteri sy tahu suami sy baik dan takkan pergi jauh drpd tu

tp sangkaan saya meleset
awal ramadhan haritu, sy tergerak hati utk cek memory kad suami sy
mungkin Tuhan nak tunjuk
ada history bbm boleh di cek dlm memory kad

rupa2nya mereka masih berhubung
bbm ketika kerja, kemudian delete contact
esok add lg contact.
dan sy dapati suami sy pernah kerumah perempuan itu pada tgh malam dan tidur dirumahnya ketika suami perempuan itu tiada
bila diasak, suami sy tak mengaku dan kata hanya msg2 nakal.
saya hubungi perempuan itu

perempuan itu dtg rumah sy dan bgtau yg die telah 'bersama' byk kali dgn suami sy
bayangkanlah perasaan sy pada ketika itu. Tuhan je yg tahu
sy suruh suami ceraikan saya
die taknak. menangis2 die kata die sygkan saya dan janji takkan buat lg
die siap ckp yg akan jatuh talak 1 kalau die hubungi perempuan itu lg atau beerhubung secra intim dgn mana2 perempuan.

suami sy mahu sy berikan die peluang
saya berikan die peluang selama sebulan..
kini raya hampir tiba. sebulan pun hampir tamat.

sy akui, suami berubah.
tp perlukah sy beri peluang pd suami...
die telah terlalu banyak bohong pd saya.
baru kahwin 2 bulan die dah tdo dgn isteri org.
Ya Allah... berat sungguh dugaan mu

kalau pun sy beri peluang pd suami..
mampukah sy lupakan semuanya
segala sentuhan yg diberi pada perempuan lain...
segala kata2 manja pada perempuan itu...
mampukah saya..

sekarang pun asyik termimpi suami sy tido dgn perempuan tu lg
sy bimbangkan kandungan sy jugak
tp pada masa yg sama, sy tidak mahu satu rumah tangga yg tidak ade lg bahagia dlmnya..
saya terlalu makan hati....

apa patut saya lakukan...

*Geram pula aku baca yang ni, dah la kami ni pakai BB. .harap2 la Mr.Syazani tak buat perkara yang sama. pergh menyirap aku dengan hubby dia, boleh pula add contact, delete, add, delete. pergh nak curang sanggup buat apa sahaja. .

Cerita 3

maaf..
sekadar berkongsi masalah dan mndengar nasihat dn pndapat tnpa prlu brsua muka.. sy dh kawen 5 thn.. sblum ni sekuat mana pn pmpuan mnggoda alhamdulillah suami xpnah jatuh... tp kali ni cubaan kuat sgt.. pmpuan dikenali dr FB..seksi dan cun..tiap2 hri htr msg ajak jmpa.. kna plak pmpuan tu kg nya dkt dgn tmpt sy.. diam2 suami g jmpa dia.. then mrka brzina.. tp naluri sy dpt teka.. suami pn mngaku.. dh bzina 3 kali..
suami nk kawen dgn dia.. sy solat istikharah dn jwpn yg sy dpt jgn melawan ikut je.. lma2 nmpak sikap buruk pmpuan ni.. suami mula tawar hati.. dn tggalkn pmpuan tu..sy plak mulakan serang balas kat suami.. wat make over..suami trus jatuh cnta semula... 
sdg kami baru mniti semula hdup.. pmpuan tu muncul smula kata dia mngandung.. sy mmg x snggup brmadu bla mngenangkan sikap pmpuan tu.. tp sy kta kt suami lpaskan lah sy dmi anak tu.. bncng pnya bncang sy stuju bmadu tp smpai lpas kelahiran baby tu je.. tba2 pmpuan tu kata dia xnak dn dia nk gugurkan baby.. puas sy merayu.. akhirnya dia kta dh gugurkan.. kami pn trus x brhubung lg...
tp sy pelik tgok dia d fb mudah brtukar psgn.. sy pn cba tnya dia dh lupakan suami sy ke.. dia kta sbnarnya dia cuma suka2 jer (FYI suami sy adalah lelaki kedua dgn status suami org yg pnah dia brzina..sblum tu dia brzina dgn kwn suami sy).. sy tnya lg psl kandungan.. dia kta dia menipu je.. siap sumpah lg kta dia mnipu dn mmg xde hati kt suami sy.. sblum tu pn siap sumpah jgak kata mngandung.. sy jd marah dgn sikap dia yg mudah2 merosakkn rumah tgga sy dn kwn sy.. rumah tgga kami brgoyang sbb hobi dia... ikut kan hati sy nk ajar dia.. sbb sy masih smpan sume bukti2 zina dia dgn suami sy.. sy nk dia rasa mcm mana bila rumahtgga dia plak brgoyang satu hari nnt...
TOLONG LAH SAYA...


*Yang ni memang la husband dia salah sebab melayan. . tapi yang perempuan pun jangan laa bermain cinta dan mengganggu hubungan suami isteri . . Apa perasaan anda sekiranya rumah tangga anda musnah disebabkan pihak ketiga ??

Cerita 4

PENGALAMAN pahit yang saya lalui mungkin pernah dirasai oleh kaum wanita lain. Mustahil dalam sesebuah perkahwinan tidak pernah dilanda badai. Namun setiap masalah dapat mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak. Saya tak salahkan kaum lelaki, malah ada kes tertentu para isteri sendiri menjadi ibu keladi pembawa masalah dalam rumah tangganya.

''Saya telah berkahwin selama 18 tahun. Dan sepanjang tempoh itu saya diuji sebanyak dua kali dengan kehadiran orang ketiga. Namun saya tidak menyalahkan pihak ketiga semata-mata, suami saya tetap bersalah dalam hal ini.'' Demikian cerita Nordilaila dalam emelnya.

''Kata pepatah ''bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap lelaki dan perlu dipercayai oleh setiap wanita adalahsecantik dan sebaik mana pun isteri yang sah dimiliki, lelaki tetap lelaki. Keinginan mereka untuk memiliki lebih daripada satu isteri untuk mewarnai hidupnya tetap tertanam dalam hati mereka.

''Sebagai isteri, saya cuba sedaya upaya menjadi isteri dan ibu yang baik, walaupun bukan paling sempurna kerana hanya Dia sahaja yang Maha sempurna.

''Telahan saya benar. Lapan tahun lepas, ketika saya sibuk menyiapkan ijazah sarjana muda atas permintaan suami, yang mahu saya terus maju, rupa-rupanya ketika itu dia sudah ada perancangan dalam hatinya, kerana dia sedang mengulit cinta dengan gadis berusia 22 tahun.

''Peristiwa itu tidak saya ketahui dan tidak terbongkar hinggalah cuti akhir semester, saya pulang ke rumah untuk berehat kebetulan saya diserang demam panas. Saya pulang dengan harapan suami dapat melegekan sedikit deman saya, malangnya suami tetap mahu keluar meninggalkan saya untuk berjumpa buah hati. Pelbagai alasan diberi membohongi saya.

''Walaupun deman, naluri seorang isteri memang kuat entah macam mana tergerak hati saya untuk melihat bil telefon. Saya nampak nombor yang amat popular sentiasa didail oleh suami saya ada antaranya berjumlah lebihi RM60 untuk satu panggilan. Pembaca bayangkan berapa jam mereka berbual.

''Saya memberanikan diri mendail nombor tersebut. Dan tembelang suami saya pecah. Rasa kecewa dan hampa menyelubungi hati saya. Saya tanya suami apa silap dan salah saya, katanya saya tak buat silap apa pun. Habis mengapa main-main cinta dengan wanita lain?

''Selepas peristiwa itu sudah amat sukar untuk saya percayakannya lagi. Jiwa rasa terseksa. Namun demi anak-anak, saya teruskan juga perkahwinan ini walau hati terluka.

''Suami selepas mohon maaf dan berjanji dengan nama Allah dia tidak akan mengulanginya lagi. Selepas itu, dia meneruskan hidup seperti biasa, tanpa sedikit rasa bersalah.

Kenangan

''Selepas itu dunia saya aman seketika. Awal 2010, kami menerima berita gembira akan kehadiran seorang lagi cahayamata. Saat itu, saya mula melupakan apa yang telah suami saya lakukan sebelumnya. Di samping saya sentiasa berdoa moga saya mampu melupakan terus kenangan buruk itu. Dan amat penting suami insaf atas kecurangan yang dilakukannya.

''Tetapi entah mengapa ketika hamil itulah hati saya kembali merasa sangsi. Naluri seorang isteri memang tepat, walaupun saya cuba buang rasa sangsi itu jauh-jauh dari lubuk hati saya. Dan saya sentiasa ingatkan suami agar jangan ulangi perbuatan melukakan hati saya lagi.

''Rupa-rupanya saya diuji lagi. Saya jumpa beberapa gambar suami bersama rakan sekerja yang mencurigakan dalam facebooknya. Bila ditanya, suami menafikan.

''Ketika kandungan sarat tujuh bulan saya temui nota suami kepada rakan pejabatnya. Mereka berbalas- balas mencurahkan rasa cinta yang cukup mengguris hati saya.

''Saya mohon penjelasan, suami nafikan. Lihatlah, betapa butanya lelaki bila berdepan dengan cinta sedikit pun tiada rasa belas melihat isteri sedang sarat mengandungkan zuriatnya. Tapi akhirnya dia mengaku, hubungan mereka sudah lama akrab. Suami mengaku bila saya minta dia hubungi wanita tersebut. Perkataan 'sayang' lahir dari mulut suami memanggil kekasihnya. Pembaca bayangkan perasaan saya ketika itu!

Saya mohon suami ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perincian bil.

''Saya terkejut bila lihat dalam sebulan suami menghantar 840 sms seawal 6.40 pagi hingga 2 pagi keesokkan harinya kepada kekasihnya, berbanding 18 sms kepada saya sebulan.

Hati saya hancur berkecai. Saya rasa amat teraniaya. Kami mendapatkan nasihat Pejabat Agama dan ibu bapa, tetapi belum mampu menyakinkan saya bahawa suami benar-benar akan berubah .

''Secara jujur saya tidak takut untuk berpisah jika itu jalan terbaik buat kami. Namun dia tidak rela melepaskan saya dan mohon diberi peluang kerana selama hidup bersama, saya secara ikhlas menampung sebahagian besar perbelanjaan keluarga tanpa ungkitan.

''Saya rasa terlalu penat. Tapi demi anak-anak dan bayi yang bakal lahir, saya perlu kuat. Apa yang saya lakukan kini, berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T untuk perjalanan rumah tangga kami seterusnya kerana Dia-lah yang Maha Tahu apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Apa yang jelas, saya hanya mahu bersama anak-anak yang menjadi sumber kekuatan saya. Untuk suami, saya hanya berserah kepadaNya moga dia bertaubat dan insaf.

'*Kepada gadis-gadis yang asyik mengulit cinta dengan suami orang, satu sahaja pesanan saya apa yang anda lakukan hari ini mungkin akan anda lalui suatu hari nanti kerana anda akan berkahwin, jadi seorang isteri dan ibu. Allah itu Maha Adil.

Banyak lagi yang aku nak kongsikan tapi cukuplah buat masa ini. . mengalir airmata aku baca kisah mereka. Even bukan kena kat batang hidung aku, tapi aku faham sangat perasaan perempuan2 tu. Sadis kot. sampai hati kaum lelaki buat mcm ni pada perempuan. tau la perempuan ni lemah! Hmmp, yang bercinta satu hal, yg berzina pula lain hal lagi, , Ya Allah apa yg korang nak dari kami?? :(
Aku kurang setuju lelaki yang pernah curang diberi peluang. . mmg dia berhak dapat peluang, tapi sekali namanya "lelaki", selamanya dia akan menjadi lelaki. . .

Salam :'(



No comments:

Post a Comment